BEGIN:VCALENDAR
VERSION:2.0
PRODID:-//MSI UTHM Companion//EN
CALSCALE:GREGORIAN
METHOD:PUBLISH
BEGIN:VEVENT
UID:02de5ef3-0d10-4856-832b-472b14e12667@msi-uthm
DTSTART:20260302T143000Z
DTEND:20260302T153000Z
DTSTAMP:20260427T235244Z
SUMMARY:Majlis Nuzul Al-Quran & Iftar Perdana
DESCRIPTION:Majlis Iftar Puasa Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan keharmonian\, menghimpunkan barisan ahli Lembaga Pengarah\, pimpinan Universiti\, staf pelajar serta masyarakat sekitar.\nMajlis dimulakan dengan tazkirah ringkas Ramadan daripada YB Dato' (Dr.) Haji Nooh bin Gadot yang bertajuk "Keistimewaan Bulan Ramadan" sebagai pengisian rohani sebelum laungan azan Maghrib berkumandang dan para tetamu menikmati juadah berbuka puasa secara berjemaah bertempat di Dewan Al-Farabi\, Masjid Sultan Ibrahim UTHM.\nProgram diteruskan dengan solat Maghrib\, Isyak dan Tarawih secara berjemaah sebagai simbol kesatuan dan kebersamaan warga universiti.\nPenganjuran majlis ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara pengurusan dan staf\, malah memperkukuh budaya kerja berteraskan nilai ihsan\, hormat dan kebersamaan dalam kalangan warga UTHM.\nLebih 700 jemaah memeriahkan iftar perdana pada kali ini. \nMajlis diakhiri dengan sesi ramah mesra yang mencerminkan semangat kekeluargaan dan perpaduan dalam komuniti universiti.
LOCATION:MSI\, UTHM
URL:https://msi-uthm.vercel.app/events/02de5ef3-0d10-4856-832b-472b14e12667
END:VEVENT
END:VCALENDAR